Telur ialah
ovum yang dihasilkan oleh
haiwan betina untuk
pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai
makanan, dan merupakan salah satu sumber
protein yang baik.Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur
burung dan
penyu, terdiri daripada
kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau
albumen,
kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu,
telur ikan serta
kaviar juga boleh dimakan.Kuning telur merupakan kandungan utama untuk
protein dan
kolina,
[1][2] dan digunakan secara meluas dalam masakan. Oleh kerana kandungan proteinnya,
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengkategorikan telur sebagai Daging dalam
Piramid Makanan.
[1] Walaupun nilai pemakanan telur, terdapat beberapa isu-isu kesihatan yang bakal timbul daripada kualiti telur, penyimpanan, dan alahan individu.
Telah diketahui bahawa hanya ayam betina yang mampu menghasilkan telur. Tetapi amat kurang pengetahuan masyarakat bahawa kebanyakan telur ayam betina perdagangan yang bertujuan untuk dimakan manusia tidak
disenyawakan kerana peneluran berlaku tanpa kehadiran ayam jantan. Ayam betina mampu bertelur walaupun tanpa mengawan dengan ayam jantan. Ayam betina tetap menghasilkan telur ayam yang boleh dimakan dan berkhasiat. Cuma perbezaannya telur yang tidak disenyawakan tidak mampu hidup subur walaupun diperam untuk menghasilkan anak ayam, manakala telur yang tersenyawa mampu menetaskan anak ayam. Persenyawaan telur dalam ovari ayam betina mestilah berlaku sebelum telur menjadi matang. Telur-telur subur juga dapat dibeli dan dimakan, tanpa sebarang perbezaan
khasiatnya. Telur tersebut tidak mengandungi
embrio kerana penyejukan melarang sebarang pertumbuhan sel.
[3]Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh
dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh
salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang
mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada
protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah.
[4]